Bangsa rungus yang dahulunya terkenal dengan keberanian, ketegasan dan jati diri yang utuh kini semakin rapuh ditelan budaya nasional menjajah minda. Sistem persekolahan yang lebih mirip untuk menidakkan kekuatan disiplin suku rungus sedikit demi sedikit menghakis kekuatan dan perpaduan kaum minoriti ini. Kita bangsa rungus perlu bersatu demi masa depan bangsa kita yang kian pudar dibawa arus perdana yang tidak mengenal suku kaum kita ini. Dimanakah pemimpin momogun rungus? Barangkali pemimpin rungus sudah lumpuh dan tidak mampu bergerak lagi. Bersuara untuk pembanguan bukan lagi perjuangan pemimpin rungus.
Di N4 Matunggong misalnya, ADUN yang dipilih tidak mampu menjalankan tugas apatah lagi memperjuangkan hak bangsa rungus. Kenapa ADUN N4 tidak meletakkan jawatan seperti ADUN-ADUN PKR? Kawasan DUN N4 tidaklah luas berbanding kawasan parlimen, namun ADUN yang satu ini tidak berfungsi dan tidak mampu membantu bangsanya sendiri. Dimana janji-janji semasa PRU12 dulu? berdasarkan pemerhatian penulis dalam tempoh setahun, jelas sekali bahawa ADUN N4 belum melawat semua kampung rungus apatah lagi berdialog dengan rakyat di N4 Matunggong.
Penulis sangat kecewa dengan ADUN ini yang hanya mengaut keuntungan dari pendapatan sebagai YB tetapi kerja tidak seberapa. Justeru itu penulis sangat bersetuju dengan pandangan penulis blog demokrasi Malaysia yang menyarankan agar kakitangan kerajaan yang cemerlang dipilih untuk menjadi ADUN kerana pemimpin cemerlang akan membawa pembangunan kepada rakyat dan kawasan yang diwakilinya.
Dalam ucapan sulung DS Rajak baru-baru ini, beliau mengutarakan konsep satu Malaysia. Konsep ini tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat di N4 Matunggong khususnya suku rungus kerana konsep itu terlalu besar dan hanya mengutungkan kumpulan majoriti sahaja. Suku rungus akan tertindas dan lambat laun akan menjadi bangsa yang hanya menjadi kenangan kepada anak cucu nanti. Dalam hal ini apakah respon pemimpin rungus? Suku lain bersuara, pemimpin rungus membisu seperti batu.
Bersatulah wahai bangsa rungus demi masa depan bangsa kita agar tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Kita jangan dimalukan apabila tanah milik suku rungus dimiliki oleh bangsa bukan momogun yang lebih kaya dan maju. Oleh itu perjuangan membela nasib bangsa rungus perlu bermula dari sekarang menerusi pendidikan, kerohanian, infrastruktur, kebudayaan, ekonomi dan penyusunan semula strategi membasmi kemiskinan.
Tugas membela bangsa bukanlah mudah dan memerlukan pemimpin yang ikhlas, jujur, amanah, telus dan berintegeriti. Parti politik yang diberi mandat untuk mengubati penyakit miskin di kawasan masyarakat rungus nampaknya terlalu lemah untuk memperbaiki masalah tersebut sehingga hari ini pemimpin parti itu tidak berkeupayaan mengatasi masalah ekonomi bangsa rungus. Ketua pemuda PBS N4 tidak mampu membantu graduan rungus yang mengganggur apatah lagi memimpin generasi muda ke arah kehidupan yang lebih baik. Begitu juga dengan ketua wanita PBS kurang kepimpinan dan tidak mampu membantu golongan wanita rungus. Apakah sumbangan mereka ini setakat ini terhadap masyarakat rungus? Kalau hanya mengharapkan jawatan sahaja tanpa sumbangan, lebih baik berundur dan beri laluan kepada orang lain yang tidak terkenal tetapi boleh bekerja untuk bangsa.
Pemimpin rungus yang talam dua muka dengan menyertai pembangkang seperti PKR hanya memecah belahkan suku ini. Penulis yakin mereka ini tidak ada pendirian apatah lagi kemampuan untuk memimpin. Dalam hal ini forum suku rungus melibatkan bijak pandai dan kakitangan awam dari suku rungus perlu diadakan segera supaya bangsa ini akan menjadi bangsa yang maju, berdaya saing, berpendidikan dan berintegeriti.

No comments:
Post a Comment