Monday, May 18, 2009

Rungus Bangsa Teladan

Apabila merujuk kepada istilah seharian orang rungus, kita dapati dua perkataan dominan dalam bahasa Melayu tidak terdapat dalam bahasa rungus. Istilah itu ialah istilah ' minta maaf' dan istilah 'terima kasih' Kenapakah istilah ini tidak terdapat dalam kamus bahasa rungus?

Jawapannya sangat mudah. Bangsa rungus adalah bangsa yang sangat disegani dan ditakuti di utara Sabah pada suatu ketika dahulu. Kesultanan sulu tidak berani mendirikan kota pemerintahan di utara Berneo yang meliputi kudat, Kota Marudu, Matunggong dan tupak (Pitas) kerana mereka sangat kagum dengan keberanian orang rungus. pegangan agama labus yang diwarisi sejak nenek moyang menjadi dasar kepada kekuatan orang rungus. dalam agama labus, suku rungus dituntut agar tidak melakukan sebarang kesalahan seperti mencuri, berzina, merosakkan harta benda dan sebagainya yang dilarang menurut kepercayaan labus. Fakta ini menyumbang kepada kekuatan disiplin dan jati diri bangsa rungus sehingga tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa pun kerana rungus adalah bangsa yang tidak sekali-kali menganiaya dan memudaratkan bangsa sendiri dan bangsa lain. Justify Full

Begitu juga dengan amalan berhutang, bangsa rungus sejak dari nenek moyang lagi ditegah untuk berhutang dari orang lain apatah lagi merampas harta orang lain. Sekiranya tidak mempunyai apa-apa, bangsa rungus menerusi agama labus lebih rela meminta secara terus terang daripada berhutang atau mencuri. Sebab itulah tidak terdapat istilah terima kasih dalam bangsa rungus. Bagi bangsa ini jika hendak memberi biarlah pemberian itu secara ikhlas, jika tidak mahu memberi diberitahu secara terus terang. nenek moyang rungus juga mengajar generasinya untuk tidak termakan budi dari orang lain kerana agama labus mengajar rungus untuk tidak mengharapkan orang lain dan tiada istilah terima kasih kerana budi yang diberikan.

Inilah keistimewaan bangsa rungus yang kian rapuh ditelan zaman penjajahan minda dari seberang laut bermula dengan British, Jerman, Jepun dan seterusnya Malaya. Bangsa rungus tidak akan dapat dipulihkan lagi seperti kepercayaan agama labus suatu ketika dahulu. Tanah rungus juga semakin kecil dan terpisah-pisah kerana faktor penjajahan fizikal dan penjajahan minda. Bangsa rungus sewajarnya berjuang untuk memertabatkan bangsa ini supaya tidak terus ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan, infrastruktur, budaya dan yang lebih penting ialah pemeliharaan agama labus itu yang kian tipis hari demi hari.

Para pemimpin rungus perlu memikirkan inisiatif untuk mendirikan sekolah khas untuk bangsa rungus seperti mana yang berlaku kepada SDA, RC dan beberapa kumpulan minoriti di Malaysia. Tiada guna pemimpin jika hanya mencari kekayaan untuk diri sendiri sedangkan bangsa sendiri terperosok dalam arus kemiskinan. Dimanakah pemimpin Rungus N4 Matunggong? Pembaca yang ada hubungan rapat dengan pemimpin yang berkaitan sewajarnya membantu merungkai persoalan ini demi masa depan bangsa rungus.

Penulis sangat yakin jika pemimpin rungus bersatu. tidak akan ada bangsa rungus terpinggir pada tahun 2020.

Wednesday, April 22, 2009

Bersatu Rungus Bangsa dimartabatkan

Salah satu kesilapan suku rungus ialah membiarkan tanah mereka dirampas dan dimiliki oleh orang lain sehinggakan suku ini menjadi pelarian di tanah sendiri. Ini sangat jelas dapat dilihat apabila harta warisan itu diserahkan kepada orang yang tamak dengan harga yang tidak setimpal dengan kewujudan tanah yang dijaga oleh nenek moyang sekian lama. Sebagao contoh tanah rungus di sepanjang jalan kudat sebahagian telah ditanam dengan kelapa sawit oleh mereka yang telah membeli tanah dari suku rungus. Penulis sendiri sangat terharu dengan fenomena ini kerana suku rungus kini semakin tersepit dan kelihatan kehilangan hak di atas tanah yang disediakan oleh nenek moyang mereka.

Penulis menyeru kepada pembaca agar memberi pandangan tentang hal ini terutamanya mereka yang berbangsa rungus kerana rungus hari ini semakin diracuni dengan pelbagai pengaruh termasuklah pengaruh penjajah minda dari semenanjung Malaysia. Suatu ketika dahulu kerajaan negeri Sabah sangat prihatin terhadap momogun rungus dengan menghalang penjualan tanah apatah lagi mengambil tanah adat rungus tetapi kini pemimpin kerajaan negeri sabah yang ada bukan lagi pejuang sejati sehinggakan sanggup merampas hak rungus di limau limauan dan juga di di Garib semata untuk memenuhi niat jahat mereka. Penulis sangat khuatir bahawa pemimpin kerajaan negeri hari ini akan melupakan suku rungus seterusnya menyebabkan bangsa ini hilang di telan zaman.

Marilah rungus bersatu dan martabatkanlah keagongan suku ini yang pernah bangkit menentang British suatu ketika dahulu. Suku rungus perlu membuat reformasi untuk memperbaiki kualiti kehidupan serta mengelakkan dari terus kehilangan tanah pusaka kepada orang luar. penulis juga sangat berharap kepada pemimpin rungus agar sentiasa bersatu dan mengelakkan perselisihan faham bagi membolehkan suku rungus terus maju dan tidak menjadi bahan permainan oleh pemimpin negeri yang berpaksikan doktrin politik semenanjung. Rungus sepatutnya lantang bersuara kerana ini adalah prinsip yang dipegang sekian lama dalam kehidupan suku rungus. Malah bangsa lain tidak mempunyai keunikan seperti suku rungus dan hanya bangsa ini yang mempunyai identiti yang sangat mudah ditonjolkan.

Bangkitlah bangsa rungus tunjukkan kepada dunia bahawa tidak ada lagi penindasan minda dan pengambilan hak yang menyebabkan kehilangan tanah, budaya, kekayaan dan keharmonian. Tatasusila yang diwarisi perlu dipertahankan demi masa depan bangsa rungus.

Thursday, April 16, 2009

Bersatulah Rungus Demi Masa Depan

Bangsa rungus yang dahulunya terkenal dengan keberanian, ketegasan dan jati diri yang utuh kini semakin rapuh ditelan budaya nasional menjajah minda. Sistem persekolahan yang lebih mirip untuk menidakkan kekuatan disiplin suku rungus sedikit demi sedikit menghakis kekuatan dan perpaduan kaum minoriti ini. Kita bangsa rungus perlu bersatu demi masa depan bangsa kita yang kian pudar dibawa arus perdana yang tidak mengenal suku kaum kita ini. Dimanakah pemimpin momogun rungus? Barangkali pemimpin rungus sudah lumpuh dan tidak mampu bergerak lagi. Bersuara untuk pembanguan bukan lagi perjuangan pemimpin rungus.

Di N4 Matunggong misalnya, ADUN yang dipilih tidak mampu menjalankan tugas apatah lagi memperjuangkan hak bangsa rungus. Kenapa ADUN N4 tidak meletakkan jawatan seperti ADUN-ADUN PKR? Kawasan DUN N4 tidaklah luas berbanding kawasan parlimen, namun ADUN yang satu ini tidak berfungsi dan tidak mampu membantu bangsanya sendiri. Dimana janji-janji semasa PRU12 dulu? berdasarkan pemerhatian penulis dalam tempoh setahun, jelas sekali bahawa ADUN N4 belum melawat semua kampung rungus apatah lagi berdialog dengan rakyat di N4 Matunggong.

Penulis sangat kecewa dengan ADUN ini yang hanya mengaut keuntungan dari pendapatan sebagai YB tetapi kerja tidak seberapa. Justeru itu penulis sangat bersetuju dengan pandangan penulis blog demokrasi Malaysia yang menyarankan agar kakitangan kerajaan yang cemerlang dipilih untuk menjadi ADUN kerana pemimpin cemerlang akan membawa pembangunan kepada rakyat dan kawasan yang diwakilinya.

Dalam ucapan sulung DS Rajak baru-baru ini, beliau mengutarakan konsep satu Malaysia. Konsep ini tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat di N4 Matunggong khususnya suku rungus kerana konsep itu terlalu besar dan hanya mengutungkan kumpulan majoriti sahaja. Suku rungus akan tertindas dan lambat laun akan menjadi bangsa yang hanya menjadi kenangan kepada anak cucu nanti. Dalam hal ini apakah respon pemimpin rungus? Suku lain bersuara, pemimpin rungus membisu seperti batu.

Bersatulah wahai bangsa rungus demi masa depan bangsa kita agar tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Kita jangan dimalukan apabila tanah milik suku rungus dimiliki oleh bangsa bukan momogun yang lebih kaya dan maju. Oleh itu perjuangan membela nasib bangsa rungus perlu bermula dari sekarang menerusi pendidikan, kerohanian, infrastruktur, kebudayaan, ekonomi dan penyusunan semula strategi membasmi kemiskinan.

Tugas membela bangsa bukanlah mudah dan memerlukan pemimpin yang ikhlas, jujur, amanah, telus dan berintegeriti. Parti politik yang diberi mandat untuk mengubati penyakit miskin di kawasan masyarakat rungus nampaknya terlalu lemah untuk memperbaiki masalah tersebut sehingga hari ini pemimpin parti itu tidak berkeupayaan mengatasi masalah ekonomi bangsa rungus. Ketua pemuda PBS N4 tidak mampu membantu graduan rungus yang mengganggur apatah lagi memimpin generasi muda ke arah kehidupan yang lebih baik. Begitu juga dengan ketua wanita PBS kurang kepimpinan dan tidak mampu membantu golongan wanita rungus. Apakah sumbangan mereka ini setakat ini terhadap masyarakat rungus? Kalau hanya mengharapkan jawatan sahaja tanpa sumbangan, lebih baik berundur dan beri laluan kepada orang lain yang tidak terkenal tetapi boleh bekerja untuk bangsa.

Pemimpin rungus yang talam dua muka dengan menyertai pembangkang seperti PKR hanya memecah belahkan suku ini. Penulis yakin mereka ini tidak ada pendirian apatah lagi kemampuan untuk memimpin. Dalam hal ini forum suku rungus melibatkan bijak pandai dan kakitangan awam dari suku rungus perlu diadakan segera supaya bangsa ini akan menjadi bangsa yang maju, berdaya saing, berpendidikan dan berintegeriti.

Saturday, April 11, 2009

Bersatu Rungus Maju

Suku rungus semakin lama semakin terhimpit dalam era pembangunan di Sabah malah sangat jarang suku ini mendapat tempat dalam media arus perdana. Dimanakah pemimpin suku rungus? kenapa senyap sahaja?

Apabila disebut suku rungus tentu ramai yang tahu bahawa suku ini kaya dengan budaya dan adat tradisi yang sangat unik dan lain dari yang lain. Namun kerajaan hanya menggunakan kelebihan rungus itu untuk menarik pelancong seolah-olah suku rungus adalah penarik pelancong sahaja. Kerajaan tidak pernah bersungguh-sungguh untuk memperbaiki taraf hidup suku rungus, memperbaiki jalan raya dan membina rumah kos rendah untuk suku rungus. Inikah kerajaan yang adil? adakah suku rungus menjijikkan pemimpin kerajaa?

Semasa penulis membuat pemerhatian di sepanjang jalan kudat dari simpang tiga kota marudu sehingga ke pekan kudat, sangat jelas bahawa diskriminasi kelihatan di situ. kampung-kampung suku rungus tidak mendapat kemudahan jalan raya beraspal sepenuhnya berbanding dengan suku kaum lain yang baru membuka perkampungan. Kerajaan seolah-olah mengabaikan suku kaum rungus kemungkinan atas dasar perkauman dan rasa jijik terhadap bangsa rungus. Sampai bilakah ini berterusan? Kenapa kerajaan Malaysia tidak adil?

Golongan petani suku kaum rungus kurang mendapat perhatian dari kerajaan. Kalau pun ada yang berjaya namun bilangannya boleh dikira dengan jari. ini bermakna kerajaan mementing kroni sahaja