Monday, May 2, 2011

Rungus Bangsa Teladan

Satu persoalan yang sering mewarnai akhbar sejak kebelakangan ini ialah lebel Rungus bangsa termiskin. Sebagai salah seorang bangsa Rungus yang diketegorikan miskin di Malaysia, saya agak terharu dengan jolokan tersebut. Bangsa Rungus sebenarnya terkenal dengan jati diri dan tidak mudah mengalah dalam apa juga keadaan. Tetapi penjajahan minda dan penjajahan kepercayaan telah melupuskan jati diri tersebut sehinggakam generasi Rungus hari ini seakan-akan hanyut dalam arus pemodenan Malaysia.

Sebenarnya apabila merujuk kepada istilah seharian orang rungus, dua perkataan dominan dalam bahasa Melayu tidak terdapat dalam bahasa rungus. IPerkataan itu ialah ' minta maaf' dan 'terima kasih' Kenapakah istilah ini tidak terdapat dalam kamus bahasa rungus? Jawapannya sangat mudah. Bangsa rungus adalah bangsa yang sangat disegani dan ditakuti di utara Sabah pada suatu ketika dahulu. Kesultanan sulu tidak berani mendirikan kota pemerintahan di utara Berneo yang meliputi kudat, Kota Marudu, Matunggong dan tupak (Pitas) kerana mereka sangat kagum dengan keberanian orang rungus. pegangan agama labus yang diwarisi sejak nenek moyang menjadi dasar kepada kekuatan orang rungus. dalam agama labus, suku rungus dituntut agar tidak melakukan sebarang kesalahan seperti mencuri, berzina, merosakkan harta benda dan sebagainya yang dilarang menurut kepercayaan labus. Fakta ini menyumbang kepada kekuatan disiplin dan jati diri bangsa rungus sehingga tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa pun kerana rungus adalah bangsa yang tidak sekali-kali menganiaya dan memudaratkan bangsa sendiri dan bangsa lain.



Begitu juga dengan amalan berhutang, bangsa rungus sejak dari nenek moyang lagi ditegah untuk berhutang dari orang lain apatah lagi merampas harta orang lain. Sekiranya tidak mempunyai apa-apa, bangsa rungus menerusi agama labus lebih rela meminta secara terus terang daripada berhutang atau mencuri. Sebab itulah tidak terdapat istilah terima kasih dalam bangsa rungus. Bagi bangsa ini jika hendak memberi biarlah pemberian itu secara ikhlas, jika tidak mahu memberi diberitahu secara terus terang. nenek moyang rungus juga mengajar generasinya untuk tidak termakan budi dari orang lain kerana agama labus mengajar rungus untuk tidak mengharapkan orang lain dan tiada istilah terima kasih kerana budi yang diberikan.

Inilah keistimewaan bangsa rungus yang kian rapuh ditelan zaman penjajahan minda dari seberang laut bermula dengan British, Jerman, Jepun dan seterusnya Malaya. Bangsa rungus tidak akan dapat dipulihkan lagi seperti kepercayaan agama labus suatu ketika dahulu. Tanah rungus juga semakin kecil dan terpisah-pisah kerana faktor penjajahan fizikal dan penjajahan minda. Bangsa rungus sewajarnya berjuang untuk memertabatkan bangsa ini supaya tidak terus ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan, infrastruktur, budaya dan yang lebih penting ialah pemeliharaan agama labus itu yang kian tipis hari demi hari.

Para pemimpin rungus perlu memikirkan inisiatif untuk mendirikan sekolah khas untuk bangsa rungus seperti mana yang berlaku kepada SDA, RC dan beberapa kumpulan minoriti di Malaysia. Tiada guna pemimpin jika hanya mencari kekayaan untuk diri sendiri sedangkan bangsa sendiri terperosok dalam arus kemiskinan. Dimanakah pemimpin Rungus N4 Matunggong? Pembaca yang ada hubungan rapat dengan pemimpin yang berkaitan sewajarnya membantu merungkai persoalan ini demi masa depan bangsa rungus.

Penulis sangat yakin jika pemimpin rungus bersatu. tidak akan ada bangsa rungus terpinggir pada tahun 2020.